Sabtu, 26 Mac 2011

JENIS MEDIA YANG TERDAPAT DALAM KOMUNIKASI ISLAM.

----->Terdapat pelbagai jenis media yang digunakan sebagai slauran penyampaian Islam dan dakwah.                  
          antaranya adalah;

AL-QURAN
sbagai kitab yang dapat dikategorikan sebagai media cetak yang berfungsi sebagaiinformasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat, memberi keyakinan, memperkukuh tahap pegangan hidup dan banyak lagi.

JEMAAH DAN ORGANISASI
organisasi formal dan informal seperti dalam politik, sosial, pendidikan, kbajikan, agama, sukan, rekreasi dan lain2.sebagai contoh, komunikasi dakwah menjadi media yang menyampaikan ajaran2 agama Islam seperti persatuan ulama, persatuan pemuda masjid dan lain2. mereka ini berperanan bagi menyalurkan maklumat kepada setiap individu dan masyarakat.

LISAN
lisan merupakan media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan berbagai mesej seperti dalam bentuk pidato, kuliah, diskusi, penerangan agama, dan sebagainya. komunikasi lisan juga berkesan kerana berlaku komunikasi dua hala.

TULISAN
tulisan memang digunakan secara meluas oleh manusia dalam pelbagai bidang dan aspek.
contohnya seperti dalam surat khabar, buku, majalah, iklan, poster dan risalah. medium ini juga dapat menyimpan rekod yang kekal dalam jangka masa yang lama. itu merupkan kelebihan tulisan dari media yang lain.

LUKISAN @ GAMBAR
komunikasi juga terdapat dalam bentuk lukisan dan gambar. ia merupakan salah satu media yang tertua dalam sejarah kehidupan manusia. contoh media lukisan dan gambar adalah cerita bergambar macam kartun, peta, ukiran, grafik, diagram dan lain2.

PERBUATAN DAN BAHASA BADAN.
media ini termasuklah isyarat badan yang kita selalu gunakan. ia merupakan mesej yang mempunyai makna yang dibuat oleh badan dan melalui tingkah laku kita. sebagai contoh lah, isyarat tangan yang digunakan oleh orang bisu untuk berkomunikasi. selain daripada itu, aktiviti seperti menziarahi orang sakit, melawat rumah kebajikan dan kawasan2 yang terkena bencana itu diklasifikasikan sebagai perbuatan(media) yang dilakukan oleh individu atau orang berkelompok.

AUDIO-VISUAL
ia dianggap sebagai media komunikasi paling berkesan pada zaman ini kerana ia merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak. contoh media visual adalah tv, sandiwara, komputer slide dan lain2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan