Sabtu, 26 Mac 2011

JENIS MEDIA YANG TERDAPAT DALAM KOMUNIKASI ISLAM.

----->Terdapat pelbagai jenis media yang digunakan sebagai slauran penyampaian Islam dan dakwah.                  
          antaranya adalah;

AL-QURAN
sbagai kitab yang dapat dikategorikan sebagai media cetak yang berfungsi sebagaiinformasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat, memberi keyakinan, memperkukuh tahap pegangan hidup dan banyak lagi.

JEMAAH DAN ORGANISASI
organisasi formal dan informal seperti dalam politik, sosial, pendidikan, kbajikan, agama, sukan, rekreasi dan lain2.sebagai contoh, komunikasi dakwah menjadi media yang menyampaikan ajaran2 agama Islam seperti persatuan ulama, persatuan pemuda masjid dan lain2. mereka ini berperanan bagi menyalurkan maklumat kepada setiap individu dan masyarakat.

LISAN
lisan merupakan media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan berbagai mesej seperti dalam bentuk pidato, kuliah, diskusi, penerangan agama, dan sebagainya. komunikasi lisan juga berkesan kerana berlaku komunikasi dua hala.

TULISAN
tulisan memang digunakan secara meluas oleh manusia dalam pelbagai bidang dan aspek.
contohnya seperti dalam surat khabar, buku, majalah, iklan, poster dan risalah. medium ini juga dapat menyimpan rekod yang kekal dalam jangka masa yang lama. itu merupkan kelebihan tulisan dari media yang lain.

LUKISAN @ GAMBAR
komunikasi juga terdapat dalam bentuk lukisan dan gambar. ia merupakan salah satu media yang tertua dalam sejarah kehidupan manusia. contoh media lukisan dan gambar adalah cerita bergambar macam kartun, peta, ukiran, grafik, diagram dan lain2.

PERBUATAN DAN BAHASA BADAN.
media ini termasuklah isyarat badan yang kita selalu gunakan. ia merupakan mesej yang mempunyai makna yang dibuat oleh badan dan melalui tingkah laku kita. sebagai contoh lah, isyarat tangan yang digunakan oleh orang bisu untuk berkomunikasi. selain daripada itu, aktiviti seperti menziarahi orang sakit, melawat rumah kebajikan dan kawasan2 yang terkena bencana itu diklasifikasikan sebagai perbuatan(media) yang dilakukan oleh individu atau orang berkelompok.

AUDIO-VISUAL
ia dianggap sebagai media komunikasi paling berkesan pada zaman ini kerana ia merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak. contoh media visual adalah tv, sandiwara, komputer slide dan lain2.

Jumaat, 25 Mac 2011

halangan bagi media dalam komunikasi Islam :-

sudah menjadi lumrah setiap yg ada di dalam dunia ini pasti ada halanganye. terdapat pelbagai halangan dalam komunikasi Islam. ini adalah untuk memastikan supaya umat Islam lebih berdisiplin agar tidak melakukan tindakan yang di tegah dlm Islam. berikut adalah halangan komunikasi:

1. mengutuk orang
2. memperkecil-kecilkan org lain
3. membocorkan rahsia org lain
4. mengumpat atau mengata tentang org
5. memuji berlebihan
6. bertengkar
7. bercakap kotor



Isnin, 21 Mac 2011

bentuk-bentuk & prinsip komunikasi Islam

Komunikasi terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu:

lisan
sebagai contoh; melalui khutbah, ceramah, perbualan dan juga forum

bukan lisan
seperti buku, laman blog, majalah dan sebagainya

media
terbahagi kepada media eletronik dan media cetak yang antaranya terdiri daripada; 
televisyen, internet, radio, iklan


PRINSIP KOMUNIKASI DALAM ISLAM;

terdapat 8 prinsip komunikasi, iaitu;

1. Bercakap benar
Ini bermaksud segala ucapan adalah benar menurut sumber komunikasi Islam seperti al-Quran, as-Sunnah, dan ilmu. 


Firman Allah yang bermaksud:
 "Diantara manusia ada yang berdebat tentang 
   Allah tanpa ilmu, petunjuk, dan kitab .yang menerangi"

Manusia diperintah untuk bercakap benar dalam segala urusan dan pengucapan yang dilakukan terutamanya urusan yg berkaitan anak yatim dan keturunan. 

"dan hendaklah orang-orang takut kalau-kalau di belakang hari, mereka meninggalkan ketururnan       yang lemah yg mereka khuatirkan (kesejahteraannya). hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan berkata dengan qawlan sadidan"
                                                                                                                                                (al-Nisa' : 9)

Allah SWT memerintah manusia supaya berkata benar selepas taqwa. qawlan sadidan yang disebutkan bererti percakapan yang benar, jujur, lurus, tidak bohongtidak berbelit-belit dan straight to the point. 

2. Bercakap dengan lemah lembut
Sebagai contoh, dalam memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja untuk meninggalkan kemungkaran sebagai contoh hendaklah dengan menggunakan perkataan atau dengan cara yang lemah lembut dan disampaikan dengan nada suara yang enak:) supaya orang yang menerima nasihat tu sejuk hati dan lebih terbuka untuk menerima nasihat tersebut.

3. Menggunakan perkataan yang baik-baik
Kadangkala bahasa boleh menjadi lebih tajam daripada pedang. bahasa yang dusta menusuk perasaan mana2 pihak adalah tidak baik dan perlu dijauhi terutamanya dalam proses penyebaran dakwah. pilihlah bahasa yang betul dan sesuai dengan akal fikaran pendengar kita:) supaya ianya lebih telus dan mesej dapat diterima dengan lebih mudah.

4. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik
penggunaan hikmah sangat penting dalam dakwah kerana ianya dapat membuka hati manusia untuk mempertimbangkan, menyetujui, dan seterusnya melaksanakan dorongan. gunakanlah hikmah semasa berkomunikasi untuk memberikan kesan yang lebih dalam berdakwah.

5. menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap 
kecerdasan akal
ini bermakna, kita perlulah melihat kepada beberapa aspek terdahulu sebelum memulakan komunikasi. kenali pihak yang telibat dalam proses komunikasi tersebut melalui umur, pendidikan, jawatan atau status, sosio-ekonomi, tahap keimanan, tahap amalan, perasaan hati, mood, dan keadaan fizikal seseorang. setiap perkataan yang dipilih atau digunakan dalam komunikasi hendaklah bersesuain dengan aspek2 yang disebutkan tadi.

6. Berbahasa dengan cara yang lebih baik
dengan cara yang penuh kesopanan dan menghormati pendengar kita:)

7. menyebut perkara yang penting beulang kali
amat penting dalam berdakwah terutamanya untuk kita mengulangi perkara yang baik itu berulang kali supaya tidak terlepas pandang oleh pendengar kita dan juga supaya ianya terpahat di minda mereka.

8. Mengotakan apa yang dikatakan
hindarkan daripada bercakap besar atau pun berkata perkara yang di luar kemampuan keringat kita untuk melakukannya. ini kerana setiap apa yang kita katakan itu haruslah dikotakan supaya ianya bukan hanya menjadi cakap kosong.






Rabu, 2 Mac 2011

sumber rujukan komunikasi Islam

assalamualaikum,

ok, hari ni sy nak sambung topik Islam & Komunikasi.
seperti yang tercatat dlm entri sebelum ini, komunikasi Islam merupakan proses bertujuan untuk menyampaikan utusan kepada umat yang lain.

terdapat beberapa sumber yang yg menjadi rujukan komunikasi Islam, iaitu;

AL-QURAN
sebagai ajaran komunikasi

AS-SUNNAH
sebagai amali atau praktikal/model operasi

ULAMAK-ULAMAK
sebagai penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah SAW dan Al-Quran dari masa ke semasa (melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat'i.

aktiviti komunikasi berkenaan dituntut oleh agama kepada umat Islam secara fardhu Ain dan fardhu Kifayah bagi memenuhi kepentingan dan kewajipan secara individu dan juga masyarakat.

senagai contoh;
fardhu Ain: (ibadah khusus) sembahyang, shahadah, puasa

fardhu Khifayah: jihad dan dakwah, penglibatan dlm proses keilmuan dan urusan kerja kemasyarakatan.

sacara kesimpulanya, segala punca atau sumber maklumat haruslah sah kebenaranya secara serentak supaya tak menimbulkan masalah dan gangguan kepada komunikasi dan penerimaan mesej.

firman Allah SWT yang bermaksud:

"sekiranya datang orang fasik membawa berita

maka selidiklah"

Selasa, 1 Mac 2011

komunikasi :D

Ape yang terlintas di fikiran korang bila nampak perkataan "KOMUNIKASI"
Semua org terlibat dalam proses ni, tapi bukan semua yg sedar akan pengertian sebEnarnye. Kalau tanye kat adik2 skolah rendah mengkin mereka hanya jawab ‘berbual’ atau ‘bercakap’. sy sendiri pun kalau bukan sebab belajar dlm  Masscomm maybe tak dapat jawab. Hehe…

Ok lah, lets make it short!
Pengertian komunikasi menurut istilah konversianal ialah,

"penghantaran maklumat melalui saluran tertentu kepada penerima."

Senang cerita komunikasi ni adelah penghantaran bahan maklumat yang mempunyai mesej tertentu. Ia di hantar melalui saluran atau media kepade penerima berkenaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).

Komunikasi sosial ni slalu kite gunakan dalam proses macam memberi penerangan tentang maklumat, mendidik atau melatih, manghibur dan melamar atau mememujuk. Ok, di pihak penerima pulak, tujuan komunikasi adalah utk memeahami mesej atau suatu perkara, belajar dan berlatih, berhibur, seta menolak atau menerima.

Di bawah ni adelah antara istilah dalam hadis-hadis Rasulullah yang menggambar kan maksud komunikasi utk reference kawan2: )
·      Qara’a- membaca :(al-Nahl:98)
·      Baligh- sampaikan : (al-maaidah)
·      Basher- khabarkan :(al- Nisa’:138)
·      Qul- katakanlah : (al-ikhlas :1)
·      Dia’a- menyeru : (ali-imran:104)
·      Tawassaa- berpesan-pesan : (al-Asr:3)
·      Sa’ala – bertanya :(al-maaidah:4)
·      Sama’a- dengarkan : (al-Maaindah :108

Komunikasi Islam ni adalah berdasarkan bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW atau dengan kata lainnya Al-Quran sebagai ajaran komunikasi, as-sunnah sebagai amali atau model operasi. Maka ulamak2 pula penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah SAW dan Al-Quran dari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat’i.

Komunikasi
Ade beberapa prinsip komunikasi Islamyg dinyatakan dlm al-Quran. Antaranya:

Firman Allah yang bermaksud:

“perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yg diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima)

3 jenis komunikasi

Komunikasi dengan diri sendiri: berlaku dahulu sebelum komunikasi dengan pihak luar, berniat dan berfikir. Niat itu menetukan samada perbuatan seseorang itu sah atau tidak.

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya setiap poerbuatan adalah dengan niat”




Sabtu, 19 Februari 2011

Perfume!


Siapa yg tak suka perfume? Angkat tangan.. hehe sorang pun sy tak nampak tak angkat tangan ni. Ye, semua org suka bau-bauan yang wangi. Yelah, sape yang suka kalau kita busuk kan? Hehe.. hmm tapi tau tak kawan2 pemakaian perfume yg terlampau sehingga menarik perhatian kaum lelaki adalah di larang dalam Islam? Ya kawan2.. guna lah wangian cukup sekadar utk keperluan diri sendiri. Contohnya utk menghilangkan bau peluh demi keselesaan di tempat awam.
Mane sy tau pasal ni? Sy yakin kawan2 pun mesti pernah dengar sebelum ni kan? Ini berdasarkan hadis2 yang melarang kaum wanita utk memakai wangi-wangian bila mereka keluar dari rumah.
 
Dari Abu Musa Al-Asya’ri bahawasanya berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ‘siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapat baunya, maka ia adalah penzina. (HR An-Nasai, Abu Daud dan At-Tirmidzi)
 
Namun begitu tidak bermakna kaum wanita tidak perlu menjaga kebersihan tubuh dan pakaian. Agar tidak menimbulkan bau badan yang kurang enak dan seterusnya menimbulkan fitnah baru dari segi penilaian org sekelilin. Rawatan tubuh tetap boleh bagi muslimah, asalkan tidak jatuh pada perbuatan tabarruj atau berhias.
 
So kalau selalunya kita guna smpai 10 sembur perfume, maybe lepas ni, setengah semburan sudah memadai. Kan lebih jimat tu, disamping menjalani kehidupan mengikut garis panduan Islam 

Selasa, 18 Januari 2011

selingan yg terselit

sabar itu adalah separuh dari Iman
ini bukan semata2 sedap di mulut bercakap tau kawan2. 
memang dah biase kite dengar tag line ni. 
kenape sy cakap pasal Iman? 
haa, kite relate kan dengan ape yg berlaku dalam kehidupan seharian. akhir2 ni sy di duga dengan banyak sgt musibah, masalah dan dugaan..
contohnya nak beli barang2 dan gadget2 utk tujuan pembelajaran semester ni yg mmg  pendek kate boleh jadi sewel la kalau hati ni tak da langsung kesabaran
merungut tu dah jadi lumrah manusia kerdil macam sy ni (takde lah pendek sgt hehe)walaupun kita tau itu tidak baik. 

hikmah dari bersabar tu, akhirnya segala masalah sy selesai dgn cara baik:) ape yg kita mahu tu pasti ade cara utk kite dapatkan.


 so, jgnlah merungut dan marah :)

sebab efeknya:


:-:depression :-: