Sabtu, 26 Mac 2011

JENIS MEDIA YANG TERDAPAT DALAM KOMUNIKASI ISLAM.

----->Terdapat pelbagai jenis media yang digunakan sebagai slauran penyampaian Islam dan dakwah.                  
          antaranya adalah;

AL-QURAN
sbagai kitab yang dapat dikategorikan sebagai media cetak yang berfungsi sebagaiinformasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat, memberi keyakinan, memperkukuh tahap pegangan hidup dan banyak lagi.

JEMAAH DAN ORGANISASI
organisasi formal dan informal seperti dalam politik, sosial, pendidikan, kbajikan, agama, sukan, rekreasi dan lain2.sebagai contoh, komunikasi dakwah menjadi media yang menyampaikan ajaran2 agama Islam seperti persatuan ulama, persatuan pemuda masjid dan lain2. mereka ini berperanan bagi menyalurkan maklumat kepada setiap individu dan masyarakat.

LISAN
lisan merupakan media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan berbagai mesej seperti dalam bentuk pidato, kuliah, diskusi, penerangan agama, dan sebagainya. komunikasi lisan juga berkesan kerana berlaku komunikasi dua hala.

TULISAN
tulisan memang digunakan secara meluas oleh manusia dalam pelbagai bidang dan aspek.
contohnya seperti dalam surat khabar, buku, majalah, iklan, poster dan risalah. medium ini juga dapat menyimpan rekod yang kekal dalam jangka masa yang lama. itu merupkan kelebihan tulisan dari media yang lain.

LUKISAN @ GAMBAR
komunikasi juga terdapat dalam bentuk lukisan dan gambar. ia merupakan salah satu media yang tertua dalam sejarah kehidupan manusia. contoh media lukisan dan gambar adalah cerita bergambar macam kartun, peta, ukiran, grafik, diagram dan lain2.

PERBUATAN DAN BAHASA BADAN.
media ini termasuklah isyarat badan yang kita selalu gunakan. ia merupakan mesej yang mempunyai makna yang dibuat oleh badan dan melalui tingkah laku kita. sebagai contoh lah, isyarat tangan yang digunakan oleh orang bisu untuk berkomunikasi. selain daripada itu, aktiviti seperti menziarahi orang sakit, melawat rumah kebajikan dan kawasan2 yang terkena bencana itu diklasifikasikan sebagai perbuatan(media) yang dilakukan oleh individu atau orang berkelompok.

AUDIO-VISUAL
ia dianggap sebagai media komunikasi paling berkesan pada zaman ini kerana ia merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak. contoh media visual adalah tv, sandiwara, komputer slide dan lain2.

Jumaat, 25 Mac 2011

halangan bagi media dalam komunikasi Islam :-

sudah menjadi lumrah setiap yg ada di dalam dunia ini pasti ada halanganye. terdapat pelbagai halangan dalam komunikasi Islam. ini adalah untuk memastikan supaya umat Islam lebih berdisiplin agar tidak melakukan tindakan yang di tegah dlm Islam. berikut adalah halangan komunikasi:

1. mengutuk orang
2. memperkecil-kecilkan org lain
3. membocorkan rahsia org lain
4. mengumpat atau mengata tentang org
5. memuji berlebihan
6. bertengkar
7. bercakap kotor



Isnin, 21 Mac 2011

bentuk-bentuk & prinsip komunikasi Islam

Komunikasi terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu:

lisan
sebagai contoh; melalui khutbah, ceramah, perbualan dan juga forum

bukan lisan
seperti buku, laman blog, majalah dan sebagainya

media
terbahagi kepada media eletronik dan media cetak yang antaranya terdiri daripada; 
televisyen, internet, radio, iklan


PRINSIP KOMUNIKASI DALAM ISLAM;

terdapat 8 prinsip komunikasi, iaitu;

1. Bercakap benar
Ini bermaksud segala ucapan adalah benar menurut sumber komunikasi Islam seperti al-Quran, as-Sunnah, dan ilmu. 


Firman Allah yang bermaksud:
 "Diantara manusia ada yang berdebat tentang 
   Allah tanpa ilmu, petunjuk, dan kitab .yang menerangi"

Manusia diperintah untuk bercakap benar dalam segala urusan dan pengucapan yang dilakukan terutamanya urusan yg berkaitan anak yatim dan keturunan. 

"dan hendaklah orang-orang takut kalau-kalau di belakang hari, mereka meninggalkan ketururnan       yang lemah yg mereka khuatirkan (kesejahteraannya). hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan berkata dengan qawlan sadidan"
                                                                                                                                                (al-Nisa' : 9)

Allah SWT memerintah manusia supaya berkata benar selepas taqwa. qawlan sadidan yang disebutkan bererti percakapan yang benar, jujur, lurus, tidak bohongtidak berbelit-belit dan straight to the point. 

2. Bercakap dengan lemah lembut
Sebagai contoh, dalam memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja untuk meninggalkan kemungkaran sebagai contoh hendaklah dengan menggunakan perkataan atau dengan cara yang lemah lembut dan disampaikan dengan nada suara yang enak:) supaya orang yang menerima nasihat tu sejuk hati dan lebih terbuka untuk menerima nasihat tersebut.

3. Menggunakan perkataan yang baik-baik
Kadangkala bahasa boleh menjadi lebih tajam daripada pedang. bahasa yang dusta menusuk perasaan mana2 pihak adalah tidak baik dan perlu dijauhi terutamanya dalam proses penyebaran dakwah. pilihlah bahasa yang betul dan sesuai dengan akal fikaran pendengar kita:) supaya ianya lebih telus dan mesej dapat diterima dengan lebih mudah.

4. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik
penggunaan hikmah sangat penting dalam dakwah kerana ianya dapat membuka hati manusia untuk mempertimbangkan, menyetujui, dan seterusnya melaksanakan dorongan. gunakanlah hikmah semasa berkomunikasi untuk memberikan kesan yang lebih dalam berdakwah.

5. menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap 
kecerdasan akal
ini bermakna, kita perlulah melihat kepada beberapa aspek terdahulu sebelum memulakan komunikasi. kenali pihak yang telibat dalam proses komunikasi tersebut melalui umur, pendidikan, jawatan atau status, sosio-ekonomi, tahap keimanan, tahap amalan, perasaan hati, mood, dan keadaan fizikal seseorang. setiap perkataan yang dipilih atau digunakan dalam komunikasi hendaklah bersesuain dengan aspek2 yang disebutkan tadi.

6. Berbahasa dengan cara yang lebih baik
dengan cara yang penuh kesopanan dan menghormati pendengar kita:)

7. menyebut perkara yang penting beulang kali
amat penting dalam berdakwah terutamanya untuk kita mengulangi perkara yang baik itu berulang kali supaya tidak terlepas pandang oleh pendengar kita dan juga supaya ianya terpahat di minda mereka.

8. Mengotakan apa yang dikatakan
hindarkan daripada bercakap besar atau pun berkata perkara yang di luar kemampuan keringat kita untuk melakukannya. ini kerana setiap apa yang kita katakan itu haruslah dikotakan supaya ianya bukan hanya menjadi cakap kosong.